01 Oktober 2011

MAJLIS RESTU ILMU PMR 2011

Tanggal 30 September 2011, Jumaat jam 8.30 pagi telah diadakan majlis restu ilmu kepada semua pelajar tingkatan 3 2011. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis. Majlis diteruskan dengan ucapan Pn Zaitun Ismail, ketua bidang teknik vokasional, Pn Kamariah Abdullah ketua bidang PAIBA, Pn Rosilawati Abd Wahab Ketua Bidang Kemanusiaan, En Taib bin Aziz Ketua Bidang Bahasa, En Fazilah Shuhami Ketua Bidang Sains Matematik, Pn Rubiah bt Md Noh Guru Bimbingan Dan Kaunseling Cemerlang, Tn HJ Ismail Md Ali GPK KoKurikulum, Pn Zaini Jani GPK HEM dan Pn Hjh Hamizah Hassan Pengetua cemerlang SMKA Sharifah Rodziah. Pelbagai tips disampaikan kepada pelajar dari segi persediaan fizikal, mental, emosi dan rohani. Pelajar turut diingatkan dengan harapan dan target sekolah yang perlu dicapai oleh semua pelajar. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Fakhrurghazi Abd Ghani dan majlis bersalaman antara pelajar dan guru-guru.
Moga program ini memberi impak besar sebagai kesediaan akhir para pelajar menjelang PMR 2011 yang akan bermula 4 Oktober 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan