11 Oktober 2011

Senyuman satu sedekah...tinggi nilainya



Kita semua pernah tersenyum. Saat kita melemparkan senyuman kepada saudara kita, dia pun membalas dengan senyuman dan ketika saudara kita tersenyum kepada kita, kita juga membalas senyumnya. Terasa damai hidup ini jika hari-hari dilalui dengan senyuman malah keakraban akan terjalin, beban terasa lebih ringan dan kemarahan boleh mencair. Senyuman adalah sinar persaudaraan dan simpulan kasih sayang. Senyuman ada makna yang tersendiri bergantung pada hati dan penerimanya. Ada jugala yang terjerumus oleh “senyum menggoda”. tetapi sedikit pula hati kita bergetar apabila melihat “senyum ketabahan” dan “senyum kesungguhan.” Apapun “senyum tulus” yang membuat hati kita bahagia. Senyum yang lahir dari hati yang paling dalam, dari kerinduan ingin membahagiakan orang lain, dari kerinduan menghormati dan memuliakan orang lain.


Rasulullah SAW telah mempraktikkan senyuman yang tulus di hadapan para sahabat. Di mata sahabat-sahabatnya, ia selalu hadir dalam wajah murah senyum, wajah yang cerah dan wajah yang indah.


“Senyummu di hadapan saudaramu adalah sedekah bagimu.” (HR. At-Tirmidzi)


Dari segi kesihatan, terbukti secara ilmiah bahawa senyum boleh menurunkan tekanan darah, meningkatkan imunisasi tubuh, dan dapat menghilangkan stres. Tidak hairan , jika Nabi Muhammad SAW adalah orang yang sangat sihat kerana beliau adalah seorang yang pemurah senyum dalam interaksinya bersama keluarga dan para sahabat.


Jarir bin Abdillah RA berkata, “Sejak aku masuk Islam, Nabi SAW tidak pernah menghalangiku untuk menemuinya. Dan setiap kali berjumpa denganku, beliau selalu tersenyum padaku.” (HR. Al-Bukhari)

Meskipun ringan, senyum merupakan amal kebaikan yang tidak boleh diremehkan. Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apa pun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu.” (HR. Muslim)


Jadi, tersenyum dan bermuka manis adalah Sunnah. Ia bukan sekadar suatu formalitas atau aktivitas kemanusiaan semata. Senyum adalah ibadah. Siapa yang melakukannya akan memperoleh pahala.

Senyuman dari sudut psikologi ……

1. Senyum membuat kita Nampak menarik
Orang yang banyak tersenyum memiliki daya tarik. Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya damai dan senang hati. Orang yang selalu merungut, cemburu, dan mengerut dahi membuat orang-orang di sekitar tidak selesa. Apabila diperhatikan orang yang banyak tersenyum memiliki lebih banyak teman.

2. Senyum mengubah perasaan.

Jika kita sedang sedih, cubalah senyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik dan seronok. Menurut pemerhatian, senyum dapat menguatkan tubuh sehingga perasaan berubah menjadi semakin mengendur dan tenang.

3. Senyum menghilangkan stres.

Stres dapat dilihat pada raut wajah. Senyuman boleh menghilangkan lelah, bosan, dan sedih. Ketika kita stres, ambillah waktu untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangi stres dan membuat fikiran lebih jernih.

4. Senyum meningkatkan imuniti.

Senyum membuat sistem imun bekerja lebih baik. Fungsi imun tubuh bekerja secara maksima ketika seseorang merasa rilex.

5. Senyum menurunkan tekanan darah.

Tak percaya? Cuba anda catatkan tekanan darah saat anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum semasa diperiksa. Tekanan darah saat anda tersenyum pasti lebih rendah.

6. Senyum menjadi awet muda.
Dengan senyuman dapat menggerakkan banyak otot . Dikatakan kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. Dengan banyak tersenyum kita akan kelihatan lebih awet muda.

7. Senyum membuat kita kelihatan sukses.

Orang yang sentiasa tersenyum kelihatan lebih berkeyakinan, terkenal, dan berwibawa. Lihatlah orang-orang yang berjaya, senyuman di wajah tak pernah lekang di bibirnya

8. Senyum membuat fikiran positif.

Cuba praktikkan! : Fikirkan perkara-perkara buruk/negatif sambil tersenyum. Mesti susah kan? Sebabnya, ketika kita tersenyum, tubuh mengirim satu signal positif "hidup selalu baik". Sehingga saat tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah alami.

9. Senyum murahkan rezeki dan meleraikan kesulitan

Kita ambil satu kisah seorang ahli sufi terkenal, Abu Yazid Al Busthami yang pernah didatangi seorang lelaki, wajahnya kusam dan berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu:

“Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah saya tinggal ibadah saya kepada Allah. Sewaktu orang lain sedang tidur, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”

Tuan Guru menjawab sederhana:
“Perbaiki penampilanmu serta ubah air muka dan raut wajahmu. Tahukah kamu, Rasulullah s.a.w adalah seorang yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah s.a.w, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan