11 Oktober 2011

TAKLIMAT PROGRAM SELEPAS PMR

10 Oktober 2011, Jam 11.30 pagi pn Norfadhlina Abu Hasih telah memberi taklimat tentang program Selepas PMR. Pelajar diberitahu tentang pengisian yang dijalankan sepanjang 6 minggu sebelum cuti akhir tahun bermula.

Antara objektif program ini dijalankan ialah :-
1. Mengisi masa selepas PMR dengan aktiviti berfaedah
2. Memberi pendedahan kepada maklumat pendidikan dan kerjaya
3. Mendedahkan dan mengisi masa pelajar dari terjebak dengan gejala sosial
4. Memupuk semangat kerjasama berpasukan dalam setiap aktiviti

Antara Program yang akan dijalankan ialah :-
1. Gubahan bunga
2. Ceramah Hala tuju selepas PMR/Pakej Mata Pelajaran As Sharifah
3. Makmalku Sayang
4. Tayangan video
5. Lawatan ke Tempat Bersejarah Negeri Melaka
6. Sukan dan permainan serta senamrobik
7. Khidmat bakti
8. Ceramah "Ancaman Gejala Sosial"
9. Latihan Kebakaran
10. Soal selidik Dass
11. Pertandingan bakat
12. Taklimat ringkas subjek tingkatan 4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan