10 Oktober 2011

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA




Seorang PRS perlulah....

1. Senyum selalu

2. Ucapkan salam terlebih dahulu

3. Memulakan perbualan/menegur terlebih dahulu

4. Ziarah rakan yang sakit

5. Memberi bantuan rakan yang kesusahan/kesempitan

6. Penuhi undangan rakan

7. Ucapakan selamat hari lahir, ucapan tahniah dsb

8. Doakan kejayaan kawan-kawan

9. Saling hormat menghormati

10. Menjadi contoh/idola kepada pelajar lain


**Bukan sebagai penasihat tetapi pendengar yang baik. Guna telinga, mata dan hati.


MENDENGAR DENGAN AKTIF

1. Diam untuk mendengar

2. Mendengar dengan jelas mesej yang disampaikan

3. Memahami dengan jelas kandungan mesej tersebut

4. Memahami perasaan perucap

5. Membuat rumusan dengan tepat

6. Boleh membuat maklum balas dengan jelas

7. Boleh memprktikkan kemahiran mendengar


**WUJUDKAN KESELESAAAN

ASPEK FIZIKAL

- tempat bersih, ada pengudaraan, selesa dan ada ruang kerahsiaan

ASPEK PSIKOLOGI

- Cara memberi layanan - klien rasa selesa, selamat, rasa dihargai, rasa didengari dan ingin berkongsi maklumat


**FOKUS KEPADA PERUCAP/KLIEN

Kontak mata bersahaja - dapat memahami perasaan klien dengan bahasa bukan lisan


**MEMILIH KEUTAMAAN - Jika banyak isu yang dibincangkan, pilih isu yang paling utama atau paling mengganggu klien


**MENYEBUT ATAU MENGULANG ISI (FARAFRASA) - menandakan kita faham atau mengikuti cerita klien


**KEMAHIRAN MENGGUNAKAN SOALAN TERTUTUP/SOALAN TERBUKA


**MINTA PENJELASAN


**DORONGAN MINIMA ..emmm, oooooo, oh ya


**EMPATI - memahami dunia (perasaan dan pemikiran klien)


Berlatihlah menjadi PRS yang baik, sabar, jujur, menjaga kerahsiaan dan elakkan meletakkan nilai diri kita kepada klien. Biar mereka membuat keputusan sendiri PRS hanya membantu.





1 ulasan: