14 Oktober 2011

Persahabatn Dalam Islam





Secara umum, orang merasa senang dengan banyak teman. Manusia memang tidak boleh hidup sendiri, sehingga disebut makhluk sosial. Tetapi itu bukan berarti, bahawa seseorang boleh semuanya bergaul dengan orang lain menurut nafsunya sendiri. Sebab teman adalah personafikasi diri. Manusia selalu memilih teman yang mirip dengannya dalam hobi, kecenderungan, pemandangan, pemikiran. Kerana itulah islam memberi batasan - batasan yang jelas dalam soal pertemanan.




-Teman memilik pengaruh yang besar sekali. Rasulullah bersabda "Seseorang itu tergantung agama temannya. Maka hendaknya salah seorang dari kalian melihat siapa temannya." makna hadis tersebut adalah seseorang akan berbicara dan berperilaku seperti kebiasaan kawannya. Kerana itu, Rasulullah mengingtkan kita agar cermat dala memilih teman.




-Rasulullah bersabda, " Jangan berteman, kecuali dengan orang mukmin, dan jangan memakan makananmu kecuali orang yang bertakwa." Termasuk dalam larangan di atas adalah berteman dengan pelaku dosa - dosa besar dan ahli maksiat, lebih - lebih lagi berteman dengan orang kafir dan munafik.




Persahabatan yang paling agung ialah persahabatan yang dijalin di jalan Allah dan kerana Allah, bukan untuk mendapat manfaat di dunia. Persahabatan yang dijalin untuk saling mendapat keuntungan duniawi sifatnya sementara. Berbeza dengan persahabatan yang dijalin kerana Allah.




Teman dan saudara sejati adalah teman yang boleh menjaga rahsia temannya. Orang yang membeberkan rahsia adalah seorang pengkhianat terhadap amanat. Berkhianat terhadap amanat adalah salah satu ciri - ciri orang munafik.




Persahabatan yang dijalin kerana kepentingan duniawi tidak mungkin boleh kekal. Bila manfaat duniawi sudah tidak perolehi maka mereka dengan sendirinya berpisah bahkan mungkin saling bermusuhan. Berbeza dangan persahabatan kerana Allah, mereka akan menjadi saudara yang saling mengasihi dan saling bantu - membantu, dan persahabatan itu tetap berlanjut hingga ke di dunia Akhirat. Allah berfirman ertinya " Teman - teman akrab pada hari itu sebahagiannya manjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang - orang yang bertakwa" (Az-zukhruf:67) " Ya Allah, anugerahilah kami hati yang boleh mencintai teman - teman kami hanya kerana mengharap keredhaan-Mu. Amin. (Ibnu Umar)















Tiada ulasan:

Catat Ulasan