17 Oktober 2011

Petua Pelajar Cemerlang.


Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang. Pelajar cemerlang akan:-

1. Mengguna kedua-dua belah otak kanan dan otak kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran.

3. Belajar secara aktif dengan pen atau pensil di tangan

4. Belajar 3jam sehari atau 20jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah)

5. Belajar dalam persekitaran yang kondusif

6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas salin nota daripada rakan

7. Mengulangkaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu balajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul

8. Tahu teknik merangsang memori:-

@ memasukkan maklumat dalam memori

@ menyimpan maklumat dalam sel memori

@ mengingat kembali

@ menggunakan maklumat untuk menjawab soalan

9. Sentiasa awal dan mendahului

10. Berbuat baik dengan guru. Hormati guru.

11. Mempunyai teknik membaca yang betul

@ duduk dengan tegak dan bernafas dengan betul

@ memberikan tumpuan sepenuhnya

@ menggunakan jari telunjuk untuk membaca

@ menyesuaikan kelajuan membaca dan kesuluruhan bacaan

12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas

13. membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih

15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minti selepas mengulangkaji

16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri

17. Mengulangkaji secepat muuungkin

18. engulangkaji secara bersendirian atau berkumpulan

19. Mengulangkaji pelajaran apabila mulai lupa

20. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar

Kita juga perlu ingat pelajar cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhalak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat :)







1 ulasan: