12 Oktober 2011

PROGRAM SELEPAS PMR






12 OKTOBER 2011, puteri-puteri tingkatan 3 telah diberi pendedahan dengan kemahiran membuat dan mengubah bunga daripada reben. Program anjuran Panitia Kemahiran Hidup telah dibantu oleh Pusat Latihan Kemas Kota Melaka.

Pelajar-pelajar tingkatan 3 kelihatannya sangat seronok dan teruja membuat bunga. Mereka dapat melepas tekanan menghadapi peperiksaan PMR yang baru sahaja berlalu semalam. Moga program ini dapat menambah kemahiran sebagai persediaan menjadi wanita anggun yang mempunyai ciri-ciri kewanitaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan