15 Oktober 2011

Fadhilat Solat

Diriwayatkan daripada Hazrat


Abu 'Uthman R.A. katanya, "Saya bersama Hazrat Salman R.A. di bawah sepohon pokok. Beliau memegang sebatang dahan kering dari pokok tersebut, lalu menggoncang - goncangkan dahan tersebut sehingga daun - daun pada dahan itu gugur." Kemudian beliau berkata kepada saya, "Wahai Abu 'Uthman, mengapa kamu tidak bertanya sebab saya berbuat begini?" Saya bertanya, " Beritahulah mengapa kamu berbuat begitu?" Beliau menjawab, "Beginilah yang dilakukan oleh rasulullah S.A.W. di hadapan saya semasa saya bersama - sama baginda S.A.W. di bawah sepohon pokok.


Baginda S.A.W. telah mengambil sebatang dahan kering dari sepohon pokok lalu melakukan sebegini sehingga semua daun gugur. Kemudian baginda S.A.W. bertanya kepada saya, "Salman, mengapa kamu tidak bertanya sebab saya buat begini?" Sahutku "beritahulah mengapa tuan berbuat begitu?"


Baginda S.A.W. bersabda "Sesungguhnya apabila seseorang islam mengambil wuduk dengan sempurna, kemudian dia menunaikan solat lima waktu dengan penuh khusyuk maka gugurlah dosanya seperti gugurnya daun - daun ini." Kemudian baginda S.A.W. membaca ayat berikut:-


" dan dirikanlah solat pada dua bahagian siang (pagi dan petang ) dan pada ketika - ketika yang berhampiran dengannya daripada waktu malam. Sesunggunhnya amal - amal kebaikan itu ( terutamanya solat ) akan menghapuskan dosa. Perintah - perintah Allah Taala yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang yang ingin mendapat peringatan." ( Hud : 114 )









Tiada ulasan:

Catat Ulasan